More

    Gambar rasmi iQOO Neo5 dipaparkan beberapa hari sebelum pelancaran!

    Pada 16 Mac ini, iQOO bakal melancarkan telefon andalan terbaru mereka, iQOO Neo5. Beberapa hari sebelum pelancaran, iQOO telah memuat naik beberapa gambar rasmi peranti tersebut.

    Berdasarkan gambar tersebut, iQOO Neo5 dilengkapi modul kamera yang memanjang serta potongan punch-hole pada skrinnya. Ia juga dilihat hadir dengan pilihan warna biru kehitaman.

    Berdasarkan sumber, iQOO Neo5 mungkin akan menggunakan skrin 6.62 inci Super AMOLED E3 dengan resolusi FullHD serta kadar segar semula 120Hz. Skrinnya pula akan menempatkan sensor jap cari bersama sebuah cip khas yang akan mengawal ketepatan warna skrin tersebut.

    Peranti ini dikhabarkan akan menggunakan kamera utama dengan sensor Sony IMX589, kamera ultra lebar 13MP serta kamera makro 2MP. Pada bahagian depan, ia dijangka hadir dengan kamera swafoto 16MP.

    Selain dari itu, iQOO Neo5 dijangka akan menggunakan bateri 4,400mAh dengan pengecasan pantas 66W. Sumber sebelum ini menyatakan ia akan dikuasai oleh cipset Snapdragon 870 dengan jenis storan UFS 3.1. Ia mungkin akan ditawarkan dengan RAM 12GB bersama storan 256GB.

    iQOO Neo5 ini mungkin akan hadir dengan sistem operasi OriginOS atas Android 11.

    Adakah anda berminat dengan iQOO Neo5? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured