realme bakal melancarkan sebuah lagi siri telefon pintar yang baru di China dengan nama realme Q2 dan ianya dijangka akan memasuki pasaran pada bulan ini. Terkini, pegawai eksekutif realme, Xu Qi Chase, telah mengacah gambar realme Q2 di media sosial Weibo beberapa hari sebelum pelancarannya.
Telefon ini dilihat bakal menggunakan panel belakang kulit yang berwarna kelabu cair dengan tulisan ‘Dare To Leap’ pada teksturnya. Berdasarkan gambar itu juga, realme Q2 bakal menggunakan 4 kamera pada bahagian belakang. Kamera utamanya dikhabarkan adalah kamera 48MP.
Dengan ketiadaan sensor cap jari pada sisi dan belakang telefon ini, realme Q2 dijangka bakal menggunakan skrin jenis OLED yang dapat menawarkan penggunaan sensor cap jari bawah skrin.
Berdasarkan sumber, siri realme Q2 ini akan hadir dengan dua model iaitu realme Q2 dan realme Q2 Pro. Untuk spesifikasi yang lain pula, ianya dilihat hampir sama seperti siri realme X7 yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Telefon siri realme Q2 mungkin akan dilancarkan di acara realme pada 13 Oktober ini. Buat masa ini, realme Q2 berkemungkinan besar akan hanya dijual di pasaran China.
Adakah anda berminat dengan telefon siri realme Q2 ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : GSMArena






