More

    Gambar rupa bentuk ASUS Zenfone 7 dipapar dalam Weibo

    Berita tentang telefon pintar ASUS Zenfone 7 telah mendapat liputan meluas dalam minggu-minggu terdekat, namun satu maklumat yang masih belum diketahui adalah rupa bentuk telefon tersebut. Kini, sebuah gambar yang menunjukkan peranti itu dan aksesorinya telah pun dimuat naik ke dalam laman media sosial Weibo.

    Gambar tersebut menunjukkan rupa belakang Zenfone 7 yang bewarna biru gelap serta dilengkapi tiga kamera. Menurut laporan media sebelum ini, kamera tersebut terdiri daripada kamera utama 64MP dengan sensor Sony IMX686, kamera ultra lebar 12MP dan sensor kedalaman ToF.

    Apa yang menarik tentang Zenfone 7 adalah kameranya boleh dilipat ke hadapan, justeru membolehkan kamera utama digunakan untuk mengambil swafoto, seperti dalam Zenfone 6. Selain itu, pengimbas cap jari juga tidak terdapat di bahagian belakang Zenfone 7.

    Laporan awal mengatakan Zenfone 7 yang akan dilancar pada 26 Ogos dilengkapi cipset Snapdragon 865, manakala varian Pro pula akan mempunyai Snapdragon 865 Plus. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...