fbpx
More

    Gambar Samsung Galaxy S21, S21 Ultra didedahkan! Bonggol kamera nipis, belakang “matte”

    Baru-baru ini, beberapa pengulas teknologi sudah pun mengeluarkan gambar siri Samsung Galax S21 yang direka berasaskan khabar angin spesifikasinya. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan gambar sebenar (bukan rekaan) Samsung Galaxy S21 dan Samsung Galaxy S21 Ultra yang jelas memperlihatkan rekaan panel belakangnya.

    Seperti yang anda dapat lihat melalui gambar, Galaxy S21 Ultra bakal dilengkapi sistem kamera kuad 108MP utama + 12MP ultra lebar + lensa telefoto (10x zum) + lensa telefoto kedua. Galaxy S21 pula hadir dengan tiga kamera utama 12MP + 12MP ultra lebar + 64MP telefoto.

    Apa yang menariknya, siri andalan (flagship) terbaru dari Samsung ini dilihat hadir dengan rekaan tekstur pusam (matte) dan bonggolan kamera yang tidak terlalu tebal. Dengan beberapa sensor kamera padu, Samsung dilihat berjaya mengekalkan bonggolan kamera yang agak nipis, namun mungkin masih perlu berhati-hati kerana kawasan modul kamera dilihat seperti kaca.

    Berdasarkan sumber yang lain, panel hadapan untuk skrin siri Samsung Galaxy S21 juga didedahkan. Galaxy S21 Ultra dilihat hadir dengan skrin berukuran 6.9 inci, S21+ 6.7 inci dan S21 6.3 inci. Lebih menarik, skrinnya dilihat hampir tanpa bezel dan tiada kelihatan rekaan untuk memuatkan kamera hadapan. Sumber menjangkakan Galaxy S21 bakal dilengkapi skrin hadapan dengan kamera tersembunyi di bawah skrin.

    Apa pun, perlu diingatkan bahawa kita perlu menunggu berita rasmi dari Samsung mengenai rekaan siri Samsung Galaxy s21 yang bakal dilancar sekitar 14 Januari 2021 dengan harga lebih rendah. Adakah anda berminat dengan rekaan peranti ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak juga berita lepas mengenai Samsung yang mungkin tidak akan menyertakan pengecas bersama Galaxy S21!

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X