More

    Gambar Samsung Galaxy S22 Ultra tertiris, tampilkan rekaan mirip Galaxy Note

    Samsung dikhabar bakal memperkenalkan siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S22 pada 8 Februari 2022 yang akan terdiri daripada Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra. Kini gambar untuk varian Galaxy S22 Ultra telah tertiris di mana ia mempunyai rekaan mirip siri Galaxy Note.

    Menurut gambar tersebut, Galaxy S22 Ultra mempunyai reka bentuk yang lebih petak berbanding Galaxy S21 Ultra atau Galaxy S20 Ultra. Ia mempunyai penjuru yang lebih tajam serta bahagian sisi yang tidak mempunyai lengkungan jelas.

    Daripada kiri: Galaxy S20 Ultra, Galaxy S21 Ultra dan Galaxy S22 Ultra

    Bonggol kamera juga tidak kelihatan, di mana setiap lensa dalam Galaxy S22 Ultra kini mempunyai “bonggolnya” sendiri seperti dalam LG Velvet. Rekaan ini mungkin menunjukkan bahawa Galaxy S22 Ultra akan menjadi pengganti kepada siri Galaxy Note yang telah dihentikan.

    Setakat ini masih tiada maklumat jika Galaxy S22 Ultra akan menyediakan batang stilus. Daripada segi spesifikasi, semua siri Galaxy S22 mungkin akan dilengkapi dengan cipset Exynos 2200 untuk pasaran Malaysia dan negara-negara terpilih, manakala negara lain mungkin akan menerima Snapdragon 8 Gen 1.

    Untuk harga pula, Galaxy S22+ dikhabarkan akan dijual pada harga bermula EUR1,190 (~RM5,680) untuk pasaran Eropah. Kongsi pendapat anda tentang gambar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Siri Apple iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured