More

    Gambar sebenar siri HONOR X baru didedahkan! 4 kamera, 5000mAh, berharga sekitar ~RM958

    Terkini, HONOR dilaporkan bakal melancarkan siri HONOR X baharu di pasaran telefon pintar. Sumber telah mendedahkan gambar yang didakwa sebagai gambar sebenar tiga pilihan warna siri HONOR X yang belum dilancar ini.

    Dengan kod nama HONOR Dingdang dan nombor model DNN-LX9, gambar peranti ini hadir bersama beberapa spesifikasi. Turut serta adalah ramalan harganya. Melihat kepada gambar, ia bakal hadir dengan tiga pilhan warna; hijau, kelabu dan hitam.

    Menurut sumber, ia bakal hadir dengan paparan 6.67 inci, empat kamera belakang dengan lensa utama 48MP dan bateri 5000mAh. Ia turut menyokong pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge, NFC dan bicu audio 3.5mm. Siri HONOR X terbaru ini dipercayai sebagai siri telefon pintar kelas pertengahan.

    Tambah sumber, siri baharu ini akan dilancar di pasaran Rusia terlebih dahulu dengan harga sekitar RUB 18,000 (~RM958) hingga RUB 21,000 (~RM1,118). Ia bakal hadir di beberapa negara lain kelak.

    Sementara di pasaran Malaysia, siri HONOR X yang masih tersedia adalah siri HONOR 9X. Anda boleh menyemak spesifikasi HONOR 9X, HONOR 9X Pro dan HONOR 9X Lite disini.

    Adakah siri baru HONOR X ini bakal masuk ke pasaran Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured