More

    Gambar penuh telefon OnePlus 8T dan kotaknya dibocorkan dalam internet

    Telefon pintar OnePlus 8T bakal dilancarkan pada malam ini jam 10:00 malam waktu Malaysia, namun rupa telefon tersebut telah pun diacah oleh CEO OnePlus sebelum ini. Kini, sebuah gambar yang menunjukkan telefon itu secara keseluruhannya telah muncul dalam internet.

    Gambar tersebut menunjukkan kotak OnePlus 8T yang bewarna oren serta telefon OnePlus 8T berwarna hijau Aquamarine. Seperti gambar sebelum ini, kita boleh lihat susunan empat kamera yang terdapat pada belakang telefon ini.

    OnePlus 8T bakal dilengkapi skrin AMOLED 6.55 inci dengan kadar segar semua 120Hz, Snapdragon 865 dan pengecasan pantas 65W. Daripada segi kamera, ia mungkin dilengkapi kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 16MP, kamera makro 5MP serta sensor kedalaman 2MP manakala kamera swafotonya terdiri daripada dua.

    Kongsi pendapat anda tentang gambar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: /Leaks

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...