More

    “Game” God of War bakal dilancar untuk PC, tampilkan grafik lebih cantik

    Permainan video yang sangat terkenal dalam platform PlayStation, God of War, bakal dilancarkan untuk platform PC pada 14 Januari 2022. Game tersebut telah pun dijual sebanyak 19.5 juta unit di seluruh dunia dan kini Sony ingin meluaskan lagi jumlah pemain game itu dengan menawarkannya dalam Steam dan Epic Games Store.

    Sony akan menawarkan beberapa penambahbaikan untuk PC, seperti resolusi 4K, kadar bingkai (frame rate) tanpa had, integrasi dengan perisian NVIDIA Deep Learning Super Sampling (DLSS) dan Ray-Tracing (RTX), sokongan untuk nisbah aspek 21:9 dan kemudahan untuk mengubah pemetaan papan kekunci (keyboard mapping).

    Buat mereka yang lebih gemarkan controller, God of War PC boleh dimainkan dengan DualShock 4, DualSense serta lebih banyak controller lain. Pemain PC juga bakal menerima kandungan digital seperti Death’s Vow Armor Sets, Exile’s Guardian Shield Skin, Buckler of the Forge Shield Skin, Shining Elven Soul Shield Skin dan Dökkenshieldr Shield Skin.

    Ia akan dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM209. Beritahu kami di Facebook jika anda akan memainkan game ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured