More

    Ganti “overstay fee”, Gentari kenakan caj “idling” selepas 20 minit cas penuh

    Setel mengumumkan pengenalan caj idling baharu bagi semua pengecas milik Gentari di seluruh negara kecuali yang terletak di kawasan hotel dan resort. Caj akan dikenakan kepada kenderaan elektrik yang terus berada di pengecas selepas bateri mencapai tahap penuh.

    Bawah polisi baharu, pemilik kenderaan elektrik akan dikenakan caj RM0.40 seminit sekiranya kenderaan masih berada di pengecas lebih 20 minit selepas bateri mencapai 100%. Ini bermakna pemandu perlu segera mengalihkan kenderaan selepas selesai mengecas bagi mengelakkan caj tambahan terus terkumpul.

    Caj idling turut menggantikan polisi lama yang dikenali sebagai “Overstay Fee” yang sebelum ini dikenakan selepas empat jam pengecasan AC atau satu jam pengecasan DC. Melalui perubahan terbaharu, caj kini lebih tertumpu kepada situasi apabila kenderaan dibiarkan berada di pengecas walaupun pengecasan telah selesai.

    Langkah tersebut bertujuan menggalakkan pemilik EV mengalihkan kenderaan dengan lebih cepat bagi memastikan pengecas awam boleh digunakan oleh pengguna lain. Polisi serupa juga telah dilaksanakan oleh beberapa penyedia pengecas lain seperti ChargeSini dan TIME Charge ‘n Go.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Setel

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...