More

    Garmin Vivomove Trend dilancar, miliki reka bentuk estetik analog berharga ~RM1,139

    Garmin melancarkan jam tangan Vivomove Trend yang menggabungkan gaya jam tangan analog tradisional dengan penjejakan dan pemberitahuan kesihatan serta ciri NFC. Garmin Vivomove Trend hadir dengan badan polimer bertetulang gentian 40 mm dengan bezel keluli tahan karat.

    Terdapat dail analog tradisional yang memberitahu masa tetapi terdapat juga paparan LCD monokrom resolusi 254 x 346 piksel di belakang. Vivomove Trend boleh mengurus pemberitahuan daripada iPhone atau telefon Android termasuk pilihan untuk membalas teks terus daripada jam.

    Terdapat ciri penjejakan kesihatan biasa yang terdapat pada jam tangan pintar moden termasuk denyutan jantung, SpO2, tidur dan penjejakan tekanan. Jam tangan ini juga boleh menjejaki senaman dan juga mempunyai Garmin Pay untuk pembayaran tanpa sentuh. Hayat bateri dalam mod jam pintar adalah sehingga 5 hari manakala mod standard ialah 6 hari.

    Peranti ini menggunakan pengecas klip yang terpasang pada pad pengecasan tanpa wayar Qi. Ia juga mempunyai ciri kalis air sehingga 5 ATM. Garmin Vivomove Trend hadir dalam pilihan warna seperti Cream Gold dan French Grey, Peach Gold and Ivory, Slate and Black serta Silver dan Mist Grey berharga $269 (~RM1,139).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam tangan pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Garmin

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured