More

    Gedung Pengalaman Premium DJI terbesar di ASEAN dibuka di Sunway Pyramid

    DJI, syarikat global dalam pembangunan dan pembuatan dron awam dan teknologi kamera kreatif untuk kegunaan peribadi, secara rasmi telah melancarkan Gedung Pengalaman Premium terbaharunya di Sunway Pyramid, Subang Jaya. Untuk pengetahuan, gedung ini merupakan gedung pengalaman terbesar di Asia Tenggara yang terletak di aras F1.RINK.A.

    Para pengunjung Gedung Pengalaman Premium akan dapat menikmati pengalaman langsung menggunakan produk di ruangan khas untuk mencuba produk. Dengan rangkaian dron kamera yang luas termasuk DJI Mavic series, Air series, Mini series dan DJI FPV, pelanggan boleh mencuba peralatan dan memilih dron yang paling sesuai dengan kehendak anda.

    Sempena dengan majlis pembukaan besar-besaran pada hari Sabtu, 24 September, jam 12:00PM, DJI akan menawarkan promosi berikut kepada pelanggan:

    • DJI OM 4 SE: RM299 (Harga asal RM459)
    • DJI Mini 2: RM1,599 (Harga asal RM1,899)
    • DJI Action 2 Dual Screen: RM1,499 (Harga asal RM2,499)
    • DJI Mavic 3: RM8,799 (Harga asal RM9,799)

    Tambahan, DJI telah bekerjasama dengan Sunway Pyramid Mall dengan mengadakan pertandingan bersempena pembukaan Gedung Pengalaman Premium DJI. Kepada yang berminat, anda perlu ikut langkah di bawah:

    • Langkah pertama: Follow dan Like laman rasmi Facebook DJI Malaysia dan Sunway Pyramid
    • Langkah kedua: Komen yang manakah produk kegemaran anda dan mengapa.
    • Langkah ketiga: Tag 3 kawan anda

    Pertandingan ini bermula dari 24 September dan berakhir pada 27 September. 3 pemenang akan dipilih secara rawak yang akan diumumkan pada 28 September 2022. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured