More

    Geely Dragon Eagle-1 adalah cip gred automatif pertama China, kini digunakan pada 200,000 EV

    Wakil daripada gabungan Geely – SiEngine berkata cip Dragon Eagle-1 yang dihasilkan kini digunakan dalam lebih 200,000 kenderaan elektrik. Cip kokpit 7nm itu ialah cip gred automotif yang pertama dihasilkan oleh SiEngine dan dikeluarkan sepenuhnya di China pada Disember 2021.

    Dragon Eagle-1 boleh ditemui pada pelbagai EV termasuk SUV Lynk, Co 08, SUV 06 EM-P dan SUV Livan 7. Pembuat cip itu juga telah menerima tempahan daripada pengeluar EV lain termasuk FAW (First Automobile Works) untuk lebih daripada 20 model berbeza. Dragon Eagle-1 ialah litar bersepadu yang memampatkan semua komponen yang diperlukan sistem ke dalam satu cip.

    Ia sekecil saiz kuku (kira-kira 83mm persegi) dan mempunyai 8.8 bilion transistor serta 87 lapisan litar. CPU Dragon Eagle-1 mempunyai 8 teras manakala GPUnya dilengkapi dengan 14 teras. Ia juga menampilkan kluster NPU, ISP, VPU dan DSP boleh atur. SiEngine ialah usaha sama antara ECARX dan ARM China.

    ECARX dan ARM juga menyediakan sokongan kritikal untuk reka bentuk IP awal SiEngine dan tape-out menurut maklumat yang dikeluarkan. SiEngine akan terus membangunkan cip baharu itu dengan mengembangkan keupayaannya dan menggunakannya dalam lebih banyak jenama EV.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured