More

    Geely Galaxy E8 diperkenalkan: Platform SEA dan jarak perjalanan sehingga 665km

    Geely yang merupakan rakan strategik kepada Proton telah memperkenalkan sedan elektrik Galaxy E8. Kereta elektik itu secara rasmi akan memulakan tempahan di China pada 17 November ini. Geely Galaxy E8 mempunyai reka bentuk yang moden dan jarak perjalanan sehingga 665km. 

    Ia dibina di atas platform Senibina Pengalaman Lestari (SEA) Geely dan mempunyai dimensi 5,010 x 1,920 x 1,465mm. Ia mempunyai jarak roda 115.1 inci dan pekali seret (coefficient of drag) 0.199. Geely Galaxy E8 lebih kurang daya seretan daripada Mercedes Benz EQS dan Nio ET7 tetapi setanding dengan VW XL1.

    Galaxy E8 tersedia dalam dua varian 400-volt iaitu varian pertama mempunyai bateri LFP 62 kWh, motor elektrik belakang 272hp dan jarak 550km. Varian kedua pula mempunyai bateri 76kWh, motor elektrik 272hp dan jarak 665km. Motor belakang 421hp dengan motor hadapan 224hp dan pek 76 kWj juga tersedia.

    Versi ini juga boleh bergerak sejauh 665 km (413 batu) tetapi dengan penambahan harga. Bahagian hadapan kereta mempunyai dua lampu hadapan yang tajam serta lampu nyalaan siang hari. Reka bentuk bahagian sisi meningkatkan aerodinamik. Kabinnya pula mengandungi paparan 45 inci dengan resolusi 8K. Paparan meliputi panjang penuh papan pemuka. 

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kereta elektrik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured