More

    Gemini 3.1 Pro diperkenal dengan keupayaan “core intelligence” lebih tinggi

    Google mengumumkan pelancaran model kecerdasan buatan terbaharu Gemini 3.1 Pro yang direka untuk menangani tugasan kompleks dengan keupayaan penaakulan lebih maju berbanding generasi sebelumnya. Model ini merupakan peningkatan kepada siri Gemini Pro dengan fokus kepada “core intelligence” iaitu keupayaan memahami, menilai dan mensintesis maklumat kompleks secara lebih mendalam dan tepat.

    Menurut Google, Gemini 3.1 Pro menunjukkan peningkatan ketara dalam pelbagai penanda aras berkaitan penaakulan, penyelesaian masalah dan kefahaman konteks yang secara tidak langsung menjadikannya sesuai untuk tugasan profesional seperti analisis data kompleks, penjanaan kod serta penciptaan kandungan visual dan interaktif.

    Gemini 3.1 Pro kini ditawarkan dalam bentuk pratonton kepada pembangun melalui API Gemini dan platform Vertex AI selain turut diintegrasikan ke dalam ekosistem produk Google seperti aplikasi Gemini, NotebookLM dan persekitaran pembangunan Android Studio.

    Google menyasarkan untuk menyediakan model AI yang bukan sahaja pantas, tetapi juga lebih berkeupayaan dalam penaakulan kompleks, selari dengan keperluan generasi baharu aplikasi berasaskan AI. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...