More

    Gemini Live kini tersedia secara percuma untuk semua pengguna Android

    Gemini Live ialah perkhidmatan yang menawarkan perbualan masa nyata dengan perkhidmatan Google AI. Ia pada mulanya dilancarkan sebagai ciri untuk pelanggan Gemini Advanced, tetapi hari ini, Google mendedahkan bahawa ia akan menjangkau semua pengguna secara percuma.

    Ciri ini berbeza daripada aplikasi Gemini biasa dengan aliran perbualan semula jadi dan pertukaran pendapat yang secara tidak langsung membenarkan pengembangan maklumat atau arah baharu. Gemini Live tersedia dalam aplikasi Gemini yang hanya terdapat di Play Store bermakna hanya pengguna Android yang boleh menggunakan perkhidmatan tersebut.

    Selain itu, ia hanya dilancarkan kepada telefon yang ditetapkan dalam bahasa Inggeris dengan lebih banyak bahasa akan datang tidak lama lagi. Untuk menggunakannya, anda perlu memuat turun aplikasi dari Gedung Google Play.

    Setelah dipasang, buka aplikasi dan pilih ikon ‘Live’ untuk mula berbual dengan AI. Live pada masa ini tidak menyokong sambungan seperti Gmail, YouTube Music atau Peta. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X Google

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured