More

    Generasi baru OnePlus Nord 10 5G mungkin hadir dengan nama Nord CE 5G!

    Pada bulan Februari lalu, generasi baru telefon kelas pertengahan OnePlus dikatakan akan hadir dengan nama Nord N1 5G. Telefon ini akan menggantikan Nord N10 5G yang telah dilancarkan pada tahun lalu. Terbaru, sumber memberi petunjuk bahawa telefon generasi baru ini mungkin akan hadir dengan nama baru iaitu Nord CE 5G.

    Berdasarkan sumber dalam talian, Nord CE 5G adalah nama baru yang akan menggantikan Nord N10 5G. OnePlus dikatakan telah melakukan perubahan nama pada minit terakhir.

    Sumber tidak menyatakan maksud nama CE, namun ia dijangka akan menjadi telefon kelas pertengahan 5G yang berpatutan sama seperti Nord N10 5G.

    Nord N10 5G hadir dengan skrin 6.49 inci FHD+ yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Ia dikuasai oleh cipset Snapdragon 690 5G dan dilengkapi RAM 6GB serta storan 128GB. Selain itu, ia juga hadir dengan kamera kuad 64MP, bateri 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W.

    Adakah anda berminat dengan nama baru telefon pertengahan dari OnePlus ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured