More

    Genshin Impact sudah dimuat turun lebih dari 23 juta kali hanya dalam 1 minggu!

    Mobile game bualan ramai, Genshin Impact telah dilancarkan secara global sebagai free-to-play (percuma untuk dimain) tidak lama yang lalu. Kini, game tersebut telah mencatat sebanyak 23 juta muat turun secara global dalam hanya satu minggu dengan jangkaan keuntungan sekitar $50 juta (~RM208 juta).

    Tambahan pada pencapaian tersebut, game ini juga telah mendapat pendaftaran awal sebanyak 20 juta pengguna di seluruh dunia sebelum pelancarannya, 5 juta daripadanya adalah pengguna luar dari China, kata penganalisa senior Niko Partners.

    Keuntungan setinggi RM208 juta itu majoritinya adalah dari pengguna di China, Jepun dan Amerika Syarikat. Walaupun game ini mempunyai transaksi mikro di dalamnya, pemain masih boleh menikmati game ini tanpa sebarang bayaran.

    Jika anda masih belum tahu mengenai game ini, Genshin Impact adalah game dunia terbuka (open-world) RPG (Role Playing Game). Ianya sering kali dibandingkan dengan game The Legend of Zelda: Breath of the Wild atas persamaannya dari segi grafik dan cara permainan.

    Adakah anda pemain game hangat ini? Komen pengalaman anda bermain game ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

    Sumber : GameDaily.biz

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...