More

    GIGABYTE lancarkan komputer riba “gaming” AORUS dan AERO baru, lengkap RTX 30 bermula RM6,599

    GIGABYTE telah memperkenalkan beberapa produk baru dalam siri komputer riba gaming AORUS dan AERO, di mana kesemua komputer ini dilengkapi dengan GPU NVIDIA RTX 30 Series untuk prestasi gaming yang pantas. Di samping itu, teknologi WINDFORCE Infinity pula bertujuan memastikan aliran udara yang tinggi, dengan 37% lebih banyak dan suhu 10°C lebih rendah berbanding generasi sebelum ini.

    Komputer GIGABYTE AORUS mempunyai skrin IPS LCD dengan kadar segar semula sehingga 300Hz untuk mengurangkan kekaburan gambar (ghosting) dan screen tearing. Papan kekuncinya pula mempunyai kekunci mekanikal dengan suis OMRON untuk tindak balas sentuhan yang pantas.

    Ia terdiri daripada dua varian saiz skrin iaitu 15.6 inci untuk AORUS 15G dan AORUS 15P serta 17.3 inci untuk AORUS 17G. AORUS 15G dijual pada harga RM6,599-9,999, AORUS 15P dijual pada RM8,299 dan AORUS 17G dijual pada RM9,199.

    Komputer riba GIGABYTE AERO pula ditujukan kepada pengguna yang terlibat dalam kerja-kerja kreativiti, lengkap dengan dengan skrin OLED Xrite Pantone untuk penghasilan warna yang tepat. Siri AERO 15 ditawarkan dalam dua varian skrin iaitu FHD IPS LCD atau 4K HDR AMOLED dan dijual pada harga bermula RM7,599.

    Siri AERO 17 turut ditawarkan dengan dua varian skrin iaitu FHD IPS LCD atau 4K HDR IPS LCD. Varian AERO 17 HDR boleh dilengkapkan dengan Intel Core i9 manakala AERO 17 IPS pula sekadar Intel Core i7 sahaja.

    Layari laman web GIGABYTE Malaysia untuk maklumat lanjut tentang komputer riba di atas. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...