More

    GIGABYTE perkenal peranti, perisian dan teknologi prestasi AI termaju bertemakan “LEADING EDGE”

    GIGABYTE mengumumkan pelbagai inovasi AI terbaharu menerusi tema “LEADING EDGE” di COMPUTEX 2025 yang merangkumi peranti, perisian dan teknologi prestasi dipertingkat AI kepada pengguna permainan, pencipta kandungan serta industri.

    Antara tumpuan ialah AORUS RTX5090 AI BOX, eGPU terpantas dunia dengan Thunderbolt 5, USB4 dan AI TOP ATOM iaitu komputer super AI peribadi berkuasa NVIDIA Grace Blackwell Superchip yang mampu mengendalikan model AI sehingga 405 bilion parameter dengan privasi data terjamin.

    Dalam aspek perisian, GIGABYTE memperkenalkan AI TOP Utility 4.0 yang merupakan platform pembelajaran mesin dengan fungsi seperti pengesanan objek, OCR dan penukaran model serta GiMATE Coder iaitu agen AI yang memudahkan penjanaan kod untuk pemula. GiMATE kini terbina dalam komputer riba AI baharu seperti GAMING A16 PRO, A18 dan AERO X16.

    Bagi paparan, GIGABYTE mempamerkan monitor gaming seperti M27UP dan M27UP ICE dengan kadar segar semula fleksibel hingga 320Hz serta MO27Q28G berpanel WOLED 280Hz yang menyokong ciri AI Visual, Taktikal dan Perlindungan.

    Untuk prestasi sistem, motherboard AORUS X870 X3D dan Z890 Ultra Turbo mampu tingkatkan prestasi sehingga 38% secara automatik manakala siri STEALTH ICE menampilkan rekaan penyambung terbalik dan estetika putih minimalis sesuai untuk binaan kemas dan menarik.

    Beritahu kami di Facebook tentang pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...