More

    Gmail akan hentikan sokongan POP dan Gmailify bermula Januari 2026

    Google mengesahkan bahawa mulai Januari 2026, Gmail akan menamatkan dua fungsi utama iaitu Gmailify dan “Check mail from other accounts” yang menggunakan protokol POP. Gmailify sebelum ini membolehkan pengguna akaun luar seperti Yahoo dan Outlook menikmati ciri Gmail termasuk penapisan spam, kategori peti masuk dan carian pintar tanpa perlu menggunakan akaun Gmail sepenuhnya.

    Namun selepas tarikh tersebut, ciri ini akan dihentikan dan semua akaun yang dihubungkan melalui Gmailify akan terputus secara automatik. Pada masa sama, fungsi “Check mail from other accounts” juga akan dibuang. Ini bermakna Gmail tidak lagi boleh menarik e-mel dari akaun lain melalui POP. Sebagai gantinya, Google mencadangkan pengguna beralih kepada sambungan IMAP atau mengaktifkan penghantaran automatik (auto-forward) dari akaun asal mereka.

    Google menjelaskan bahawa semua e-mel yang telah diselaraskan ke Gmail sebelum tarikh itu tidak akan hilang. Langkah ini hanya menjejaskan fungsi untuk menarik masuk e-mel daripada akaun luar dan bukan sambungan aplikasi e-mel kepada Gmail. Bagi pengguna perniagaan atau sekolah di bawah Google Workspace, pentadbir disaran menggunakan alat migrasi rasmi bagi memindahkan data dengan selamat.

    Perubahan ini bertujuan meningkatkan keselamatan, menstandardkan pengalaman pengguna dan menghapuskan kebergantungan terhadap teknologi lama seperti POP yang kini dianggap kurang efisien. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...