More

    Gmail: Kod QR menggantikan SMS pengesahan dua faktor untuk log masuk akaun

    Google telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan penggunaan kod pengesahan enam digit melalui SMS sebagai kaedah pengesahan dua faktor (2FA) untuk akaun Gmail. Sebaliknya, dalam beberapa bulan akan datang, Google akan memperkenalkan penggunaan kod QR sebagai langkah pengesahan tambahan.

    Langkah ini diambil untuk mengurangkan risiko keselamatan yang berkaitan dengan kod SMS di mana penjenayah boleh memperdaya pengguna untuk berkongsi kod tersebut atau mengeksploitasi kelemahan dalam sistem keselamatan pembawa telefon.

    Selain itu, penipuan seperti traffic pumping atau toll fraud yang boleh menjana sejumlah besar mesej SMS ke nombor yang mereka kawal untuk mendapatkan bayaran. Dengan peralihan kepada kod QR, pengguna akan diminta untuk mengimbas kod tersebut menggunakan kamera telefon pintar sebagai sebahagian daripada proses pengesahan.

    Ini dijangka dapat meningkatkan keselamatan dengan menghapuskan risiko yang berkaitan dengan kod SMS dan ketergantungan kepada pembawa telefon. Walaupun tarikh pelaksanaan rasmi belum diumumkan, pengguna dinasihatkan untuk bersedia dengan memastikan peranti mampu mengimbas kod QR dan mengikut sebarang panduan lanjut daripada Google.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Forbes

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured