More

    GoCar Garage tawarkan perkhidmatan ambil dan pulang kenderaan secara percuma

    GoCar Malaysia kini menawarkan perkhidmatan GoValet yang mengambil dan memulangkan kereta yang telah diservis kepada pelanggan secara percuma sebagai sebahagian daripada kempen sehingga 31 Oktober 2023 di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

    Semasa kempen ini, pengambilan dan penghantaran pertama dalam jarak 10km adalah percuma termasuk pakej servis minyak enjin TotalEnergies Quartz dan Rubia yang merangkumi minyak pelincir, penapis minyak, pembersih plag saliran dan kos buruh. Pelanggan boleh mengetahui lokasi bengkel GoCar Garage yang terlibat melalui aplikasi GoCar.

    GoCar Garage menyediakan penyelesaian yang lengkap dengan penjadualan temu janji servis, maklumat kerja-kerja yang akan dilakukan dan pembayaran yang mudah. Tidak ada kos tersembunyi kerana kerja-kerja hanya akan dilakukan setelah pelanggan meluluskan sebut harga yang boleh dibuat melalui aplikasi GoCar atau laman web GoCar Garage.

    Minyak pelincir TotalEnergies Quartz yang telah diuji selama 60 tahun menawarkan perlindungan dan kebersihan enjin yang tinggi, manakala minyak pelincir TotalEnergies Rubia memfokuskan pada meningkatkan kecekapan enjin diesel dan memanjangkan jangka hayat enjin.

    GoCar Garage menyelenggara kenderaan pelbagai jenis dan jenama. Untuk ketahui lokasi serta menempah temu janji servis, anda boleh muat turun aplikasi GoCar atau lawati laman web GoCar Garage.

    Untuk maklumat lanjut mengenai GoCar Malaysia, lawati laman web GoCar atau ikuti saluran sosial media GoCar Malaysia di Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured