More

    Golongan belia boleh tuntut kredit eBelia dengan Boost, dapatkan ganjaran sehingga RM1,500

    Bermula 1 Jun, rakyat Malaysia yang berumur 18-20 tahun boleh mendapatkan kredit eBelia sebanyak RM150 dalam perkhidmatan e-dompet Boost, Touch n’ Go eWallet, Shopee Pay dan BigPay. E-dompet Boost telah mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan ganjaran tambahan sebanyak RM300 jika golongan belia menebus kredit eBelia dengan aplikasi tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan kredit kepada RM450.

    Ganjaran ini boleh ditebus dengan rakan kongsi Boost seperti Watsons, KFC, Zalora, Fave, tealive, Starbucks, Celcom, Yoodo, Digi, Great Easter, BuyMall, Youbeli, Hermo, Mydin dan banyak lagi. Boost juga akan bekerjasama dengan syarikat di bawah naungan mereka, Aspirasi, untuk memperkenalkan program rujukan (referral programme) bernama Kongsi Klub di mana pengguna boleh jana pendapatan tambahan.

    Dengan Aspirasi, para pelajar boleh belajar kemahiran perniagaan serta lain-lain kemahiran bernilai dalam membantu perusahaan kecil (PKS) untuk mendapatkan pinjaman sehingga RM100,000 melalui Aspirasi Capital. Pengguna yang membantu PKS untuk berdaftar dengan Aspirasi Captial akan dihadiahkan dengan 1.5% daripada jumlah pinjaman atau sehingga RM1,500 dengan setiap rujukan. Sebagai insentif tambahan, eBelia yang berdaftar dengan Kongsi Klub di laman web rasmi akan menerima kredit sebanyak RM20.

    Penerima kredit eBelia dalam Boost juga berpeluang memenangi syiling emas bernilai RM29,000 (berdasarkan harga emas terkini) dan produk-produk lain yang bernilai lebih RM50,000 melalui BoostUP Pick & Win serendah 50 Boost Coins.

    Pengguna Boost akan memperoleh Boost Coins secara automatik apabila mereka berbelanja dengan e-dompet tersebut dan ia boleh ditebus untuk pelbagai hadiah, baucar dan diskaun daripada rakan kongsi Boost. Ia juga boleh ditukarkan kepada nilai wang dalam Boost Partner Wallets yang kemudian boleh digunakan untuk membeli pelan telko prabayar atau pascabayar, petrol dan bayaran insuran.

    Peserta Pick & Win juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti pembesar suara Bluetooth Harman Kardon Aura Studio 3, komputer riba gaming MSI Thin GF63, televisyen Samsung Odyssey G5 WQHD, tablet iPad Pro dan banyak lagi.

    Kredit eBelia ini hanya boleh diperolehi sekali sahaja oleh rakyat Malaysia yang layak. Layari laman web rasmi Boost eBelia untuk maklumat lanjut tentang promosi ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...