fbpx
More

    GoodLock App: Aplikasi yang harus dimiliki oleh semua pengguna Samsung, terutamanya Galaxy Z Fold5!

    Jika anda memiliki mana-mana telefon pintar Samsung Galaxy, anda harus menggunakan aplikasi GoodLock! Pengguna Samsung di Malaysia kini boleh memuat turun aplikasi ini dan memanfaatkan pelbagai fungsi khas untuk memaksimakan sistem Samsung One UI dalam peranti anda.

    Lebih-lebih lagi, jika anda merupakan pengguna Samsung Galaxy Z Fold5, GoodLock menyediakan kawalan penuh untuk setiap aspek penampilan telefon dan kegunaan fungsi skrin lipat. Anda mahu reka sendiri skrin kunci (lock screen) supaya ia nampak berlainan dengan Fold5 lain? Atau anda mahu tukar aplikasi dengan cepat untuk menjimatkan masa? Mahu tukar stilus S Pen? GoodLock akan bantu anda untuk setiap kes ini.

    Mulakan penggunaan GoodLock anda

    Untuk menggunakan GoodLock, anda harus muat turun aplikasi ini melalui Samsung Galaxy Store. GoodLock bukanlah sebuah aplikasi tunggal, sebaliknya ia merupakan sekumpulan aplikasi mini (modules) yang membawa fungsi unik dan pilihan ubahsuai (customisation). Sebaik sahaja ia dipasang, beberapa modules akan muncul dalam App Drawer sebagai aplikasi berasingan seperti aplikasi-aplikasi lain, manakala modules lain boleh diakses melalui GoodLock.

    GoodLock dibahagikan kepada dua tab utama, pertama ialah Make Up di mana anda boleh laraskan penampilan seperti tema, muka taip (font) dan ikon. Tab yang kedua adalah Life Up yang akan membawa beberapa modules yang membenarkan anda untuk menyembunyikan tetapan atau mengoptimumkan gerakan gestures.

    Make Up adalah tentang penampilan, manakala Life Up adalah tentang fungsi

    Quick Star – Quick Panel adalah ruang seni anda

    Kekuatan GoodLock bukan hanya terhad pada pengubahsuaian pada penampilan telefon, malah ia membenarkan anda untuk mengawal butiran seperti Quick Panel yang sering digunakan setiap hari. Modul QuickStar dikhaskan untuk mengubahsuai Quick Panel, ia boleh dicari dalam tab Make Up dan membenarkan anda untuk mencipta panel mengikut suka hati anda. 

    Sebaik sahaja QuickStar dipasang dan diaktifkan, ia akan muncul dalam senarai modules GoodLock, di bahagian paling atas. Hidupkannya dengan mengaktifkan suis, kemudian pergi ke opsyen ubahsuai (customisation options).

    Tetapan QuickStar yang mempunyai banyak pilihan untuk ubahsuai Quick Panel

    Lock Star – Skrin kunci anda boleh direka dengan citarasa anda sendiri

    Di samping Quick Panel, GoodLock juga membenarkan anda untuk mengubahsuai skrin kunci yang menunjukkan elemen seperti Always On Display, ikon pengecasan, pemberitahuan mesej, jam dan banyak lagi. Anda boleh ubahsuai gaya dan warna untuk setiap aspek skrin kunci anda, supaya ia nampak unik untuk anda seorang sahaja.

    Anda boleh ubah apa yang dipaparkan pada Lock Screen dan Always On Display

    Theme Park – Lebih banyak penampilan menarik untuk telefon anda

    Telefon pintar Samsung datang dengan sistem tema yang sangat bagus, namun tahukah anda ia masih boleh lagi dinaik taraf? Buka sahaja modul Theme Park dalam tab Make Up, kemudian anda boleh bina sendiri palette warna, latar belakang (wallpaper), skema warna dan stail ikon dengan lebih mendalam. Anda juga boleh padankan skema warna dengan gambar yang dipilih sebagai latar belakang.

    Anda boleh pilih gambar yang anda ambil sendiri dengan kamera telefon, atau pilih gambar yang disediakan oleh Samsung. Theme Park akan memaparkan efek tema dalam masa nyata (real-time) dan jika anda menyukainya, anda boleh menggunakannya dengan menekan ikon muat turun di bahagian atas kanan skrin.

    Tab lain dalam module ini membenarkan anda untuk mengubahsuai papan kekunci, panel pintasan (shortcut), bar kawalan volume dan tema ikon. Sebagai contoh, dalam tab Icon, anda boleh pilih warna, saiz dan bentuk ikon daripada Samsung atau pihak ketiga.

    Theme Park boleh laraskan tema dan warna untuk papan kekunci, kawalan volume dan lain-lain

    Sedia untuk cipta rekaan UI yang menjamu mata anda? Theme Park adalah alat yang sangat berguna untuk menghasilkan penampilan menarik pada telefon anda.

    Sudah tentu, ada banyak lagi fungsi GoodLock yang menanti anda, jadi jangan bertangguh lagi jika anda merupakan seorang pengguna telefon Samsung! Untuk mereka yang ingin membeli telefon Samsung Galaxy, ada pelbagai promosi menarik yang akan berlangsung sehingga 31 Disember 2023, seperti rebat wang tunai sehingga RM500 untuk Samsung Galaxy Z Fold5 dan promosi lain yang berjumlah RM2,199!

    Kongsi pendapat anda tentang aplikasi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia, diterjemahkan daripada TechNave CN]

     

    Artikel Terkini

    nubia Z60 Ultra rasmi di Malaysia: SD 8 Gen 3, IP68 & bateri 6,000mAh...

    Dengan penjenamaan semula ZTE kepada ZTE | nubia, syarikat nubia turut melancarkan Telefon pintar nubia Z60 Ultra dibangunkan bertujuan untuk merevolusi pengalaman...

    Penjenamaan semula ZTE dengan logo baharu, kongsi perkembangan nubia yang akan datang

    ZTE telah mengumumkan inisiatif pembaharuan jenama dengan memperkenalkan logo baru sebagai ZTE | nubia, menandakan peralihan penting ke arah pendekatan yang lebih...

    Telegram Bisnes diperkenal, penyelesaian komunikasi kepada peniaga

    Telegram telah memperkenalkan Telegram Bisnes iaitu satu set ciri baharu yang direka untuk membantu peniaga berkomunikasi dengan pelanggan secara lebih berkesan. Ciri...

    Jerayawara HONOR Magic6 Pro: Diskaun RM200 dan hadiah bernilai sehingga RM649,000

    HONOR Malaysia mengadakan Jerayawara HONOR Magic6 Pro di Sunway Pyramid bermula hari ini hingga 7 April, diikuti oleh acara serupa di IOI...

    ECRL bakal siap menjelang akhir 2026, operasi mulai Januari 2027

    Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan siap mengikut jadual pada Disember 2026 dan akan beroperasi mulai Januari 2027. Dengan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured