More

    Google akan umumkan pelaburan besar di Malaysia dalam masa terdekat

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menyatakan bahawa syarikat teknologi antarabangsa Google akan mengumumkan satu pelaburan untuk Malaysia dalam masa terdekat.

    Ini adalah susulan daripada pertemuan maya di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua pegawai pelaburan Google, Ruth Porat, serta beberapa lagi pengurusan kanan syarikat tersebut pada Isnin lalu. Turut mewakili pihak kerajaan Malaysia adalah Tengku Datuk Seri Zafrul sendiri dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

    Kedua-dua pihak turut berbincang tentang pertukaran kepakaran, pengemahiran semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) untuk rakyat Malaysia dalam sektor pendidikan, pertanian dan kesihatan.

    Kementerian Digital akan selaraskan penggunaan digital AI manakala MITI dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan membuat persiapan akhir bersama Google.

    Ini bakal menjadi pelaburan terbaru oleh syarikat teknologi gergasi di Malaysia, selepas Microsoft mengumumkan pelaburan sebanyak ~RM10 bilion pada awal bulan ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured