More

    Google bakal benarkan pengguna tambah alamat emel baharu tanpa buat akaun lain

    Kini anda tidak perlu lagi pening kepala membuka akaun Google baharu jika mahu menukar alamat emel. Google dilaporkan bakal memperkenalkan ciri baharu yang membenarkan pengguna menambah sehingga tiga alamat emel tambahan (alias) ke dalam akaun sedia ada.

    Menerusi ciri ini, anda boleh mempunyai alamat emel berbeza tetapi semua mesej akan masuk ke dalam satu peti simpanan yang sama. Alamat emel lama anda tidak akan dipadamkan dan masih boleh digunakan seperti biasa. Anda juga boleh memilih alamat mana yang mahu digunakan ketika menghantar emel kepada orang lain.

    Menerusi sistem baharu, pengguna dibenarkan untuk menambah alamat emel baharu sekali dalam tempoh setiap 12 bulan. Walaupun alamat baharu ditambah, alamat emel lama akan tetap berfungsi sepenuhnya dan tidak akan dipadamkan.

    Ciri ini sangat berguna bagi mereka yang mahu mengasingkan urusan kerja dan peribadi dalam satu aplikasi tanpa perlu log keluar-masuk antara akaun. Buat masa ini, ia akan dilancarkan secara berperingkat sebelum tersedia untuk semua pengguna.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ciri baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured