More

    Google bangunkan ciri “Contact Exchange”, mirip NameDrop untuk Android

    Google dilapor sedang membangunkan ciri baharu dipanggil Contact Exchange yang berfungsi seperti NameDrop milik Apple berdasarkan penemuan dalam APK Google Play Services. Ciri ini ditemui dalam Google Play Services versi beta termasuk rujukan kepada gestureexchange, ContactExchangeActivity dan penggunaan format NDEF yang menunjukkan integrasi NFC.

    Ia dijangka menggunakan NFC sebagai pemicu awal sebelum sambungan dinaik taraf kepada Bluetooth atau Wi-Fi untuk pemindahan data yang lebih besar seperti gambar profil. Antara ciri utama yang ditemui termasuk dua mod iaitu Kongsi dan Terima Sahaja. Pengguna boleh memilih maklumat yang ingin dikongsi seperti gambar profil, nombor telefon dan alamat emel.

    Apabila menerima maklumat, pengguna akan melihat paparan kad kenalan dan boleh terus menyimpannya sebagai kenalan baharu atau memulakan interaksi. Namun, masih banyak perkara belum disahkan seperti versi Android minimum, keperluan NFC pada kedua-dua peranti atau kemungkinan sokongan untuk Wear OS.

    Memandangkan ia ditemui dalam Google Play Services, Google mempunyai pilihan untuk melancarkannya melalui kemas kini Play Services tanpa menunggu kemas kini Android penuh. Contact Exchange merupakan satu langkah signifikan dalam memodenkan cara pengguna Android berkongsi maklumat dengan lebih ringkas dan selamat.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...