More

    Google bangunkan mod desktop seakan DeX, tukar telefon jadi komputer

    Google sedang membangunkan pengalaman mod desktop mirip Samsung DeX untuk Android yang membolehkan peranti seperti telefon atau tablet digunakan seperti komputer apabila disambungkan ke paparan luaran. Dengan Android 14 QPR3, Google memperkenalkan fungsi DisplayPort mirroring pada Pixel 8 dan model lebih baharu manakala Android 15 QPR1 memperkenalkan desktop windowing untuk Pixel Tablet dalam versi pembangunan.

    Kini, menerusi Android 16 beta, kedua-dua fungsi ini digabungkan dalam satu ciri baharu iaitu “desktop windowing on secondary displays”. Apabila diaktifkan, pengguna boleh melihat Taskbar Android, membuka aplikasi dalam tetingkap yang boleh diubah saiz dan mengawal peranti menggunakan papan kekunci serta trackpad sambil masih boleh menggunakan telefon seperti biasa.

    Walau bagaimanapun, masih belum jelas bila ciri ini akan dilancarkan secara rasmi atau bagaimana ia akan dimasukkan ke dalam strategi menyeluruh Google dalam dunia komputer desktop. Google kini juga sedang berusaha menggabungkan lebih banyak elemen Android ke dalam ChromeOS sambil menambah ciri desktop ke Android yang mungkin membuka jalan kepada komputer riba Android sebenar.

    Walaupun konsep menggunakan telefon sebagai komputer kelihatan menarik, ia memerlukan pengguna mempunyai paparan dan input luaran yang sesuai di mana ini meurupakan sesuatu yang tidak semua orang ada. Ini menjadikan hala tuju Google sedikit kabur, memandangkan kebanyakan pengguna lebih selesa membeli komputer riba untuk tugasan desktop berbanding bergantung pada telefon pintar mereka.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AndroidAuthority

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...