More

    Google Chrome perkenal “Lazy Loading”, muatkan web lebih jimat data dan lebih laju

    Google dilaporkan sedang menguji ciri baharu untuk Google Chrome versi 148 yang berpotensi mempercepatkan pengalaman melayari web harian. Dikenali sebagai “lazy loading”, fungsi ini direka untuk mengoptimumkan cara pelayar memuatkan kandungan laman web secara lebih pintar dan efisien.

    Secara asasnya, pelayar biasanya akan memuatkan semua elemen pada sesuatu laman sebaik sahaja ia dibuka termasuk imej, video, audio serta pelbagai widget. Proses ini boleh memberi tekanan kepada prestasi terutamanya pada laman yang berat.

    Chrome akan menangguhkan pemuatan elemen tertentu dan hanya memuatkannya apabila pengguna hampir melihatnya semasa menatal. Walaupun sokongan lazy loading untuk imej dan iframe telah diperkenalkan sejak 2019 dalam Chrome dan pelayar berasaskan Chromium, kemas kini baharu memperluaskan fungsi tersebut kepada elemen video dan audio.

    Ini bermakna kandungan multimedia tidak lagi dimuatkan sepenuhnya dari awal untuk membantu mengurangkan penggunaan data dan mempercepatkan masa pemuatan awal. Namun, ciri ini tidak memberi kesan kepada video YouTube kerana ia sudah menggunakan kaedah iframe yang menyokong lazy loading.

    Walaupun elemen video dan audio jenis ini tidak begitu meluas digunakan, ia tetap wujud dalam banyak laman moden dan boleh memberi impak ketara kepada prestasi keseluruhan. Selain Chrome, ciri ini juga dijangka akan diperluaskan ke pelayar lain berasaskan Chromium seperti Microsoft Edge dan Vivaldi dalam masa terdekat.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Chrome

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...