More

    Google dan Samsung berkolaborasi bawa ciri AI baharu pada peranti Galaxy S25

    Google dan Samsung dilaporkan sedang bekerjasama untuk memperkenalkan kecerdasan buatan (AI) baharu pada peranti Galaxy S25 yang akan datang. Awal hari ini, bahan promosi Galaxy S25 telah bocor yang memaparkan pelbagai ciri menarik Samsung. Salah satu yang paling menonjol ialah Gemini, sistem AI generasi baharu Google.

    Menurut kebocoran terkini, Gemini akan hadir dengan sambungan (extensions) untuk beberapa aplikasi utama Samsung seperti Samsung Calendar, Samsung Notes dan Samsung Reminder. Melalui sambungan ini, Gemini mampu melaksanakan pelbagai tugas seperti menyunting acara kalendar, menangkap maklumat daripada imej untuk dijadikan acara dan menyenaraikan acara dalam jangka masa ditetapkan.

    Selain itu, Gemini juga boleh mencipta dan merumuskan nota, mendapatkan nota berdasarkan penerangan atau tajuk serta mencipta, menyunting, mencari dan memadam peringatan. Walaupun Gemini tidak dapat mengambil alih sepenuhnya semua fungsi dalam aplikasi-aplikasi ini, kemampuannya tetap menjadikannya alat yang lebih serba guna.

    Sumber yang sama turut mendedahkan bahawa sambungan Gemini ini bukanlah satu-satunya ciri baharu yang dirancang untuk aplikasi Samsung. Lebih banyak fungsi tambahan dijangka hadir pada masa akan datang. Malah, ciri-ciri ini berkemungkinan juga akan tersedia untuk peranti Samsung flagship terdahulu melalui kemas kini One UI 7.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured