More

    Google dilapor batalkan pembangunan untuk Pixel Tablet 3

    Laporan terbaru menunjukkan Google mungkin membatalkan rancangan untuk mengeluarkan Pixel Tablet 3 hanya setahun selepas memasuki semula ke pasaran tablet dengan Pixel Tablet pada 2023. Pixel Tablet 2 yang dijangka hadir pada 2025 dilaporkan akan membawa peningkatan seperti papan kekunci rasmi dan kamera yang lebih baik.

    Namun, sumber daripada Android Headlines mendakwa bahawa pengeluaran Pixel Tablet 3 dengan nama kod “Kiyomi” telah dibatalkan dan pekerja yang ditugaskan untuk projek ini kini dipindahkan ke tugas lain. Langkah ini mencerminkan potensi Google untuk menarik diri daripada pasaran tablet jangka panjang.

    Pixel Tablet 2 mungkin menjadi produk terakhir dalam barisan ini sama seperti yang terjadi pada barisan Nexus dan Pixel Slate. Walaupun Google mencuba berkali-kali selama lebih sedekad, syarikat itu dilihat tidak sepenuhnya komited terhadap pasaran tablet. Keputusan ini mungkin mengecewakan peminat ekosistem Android.

    Google nampaknya akan ketinggalan dalam segmen tablet tidak seperti Samsung, Xiaomi dan OnePlus yang terus aktif menghasilkan tablet baharu setiap tahun. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured