More

    Google Duo akan perkenalkan panggilan berkumpulan melalui Chrome

    Google hari ini mengatakan mereka akan mengemas kini aplikasi panggilan video Google Duo dalam pelayar web Chrome agar pengguna boleh membuat panggilan berkumpulan dan berinteraksi dengan lebih banyak alatan dan filter sewaktu membuat panggilan video.

    Antara ciri yang diketengahkan adalah mod keluarga (family mode) di mana pengguna boleh menggunakan efek menarik yang memaparkan mereka sebagai angkasawan, kucing dan banyak lagi. Pengguna juga boleh ‘menconteng’ pada skrin untuk memeriahkan panggilan video.

    Sewaktu mod ini, butang kawalan akan disorokkan sementara agar pengguna tidak klik padanya secara tidak sengaja sewaktu menconteng. Bermula Hari Ibu pada hari ini, Google akan memperkenalkan efek khas seperti filter bunga dan lain-lain.

    Untuk memudahkan perhubungan, pengguna juga boleh mengundang orang lain untuk menyertai panggilan hanya dengan berkongsi pautan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Google Duo dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google Blog

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured