More

    Google gandakan storan Google AI Plus kepada 400GB, harga kekal RM23.99

    Google telah mengemas kini pelan langganan Google AI dengan peningkatan kapasiti storan kepada 400GB berbanding 200GB sebelum ini. Menariknya, pengguna di Malaysia menerima peningkatan storan tersebut tanpa sebarang perubahan harga buat masa ini.

    Sebelum ini, pelan Google AI Plus ditawarkan dengan 200GB storan yang boleh dikongsi bersama ahli keluarga serta akses kepada Gemini pada harga RM23.99 sebulan. Dengan kemas kini terbaharu, kapasiti storan digandakan kepada 400GB yang memberikan nilai lebih baik kepada pelanggan sedia ada.

    Pada masa yang sama, Google turut mengumumkan pengurangan harga langganan di beberapa negara. Namun, perubahan harga tersebut masih belum dilaksanakan di Malaysia dan kadar langganan tempatan kekal seperti sebelum ini. Google juga menawarkan pelan Google AI Pro pada harga RM97.99 sebulan yang menyediakan akses kepada ciri AI yang lebih maju.

    Bagi pengguna profesional dan perusahaan yang memerlukan keupayaan AI lebih tinggi, Google AI Ultra pula ditawarkan pada harga RM1,229.90 sebulan. Buat masa ini, Google masih belum berkongsi maklumat lanjut mengenai sebarang perubahan lain pada pelan langganan tersebut.

    Namun, peningkatan storan kepada 400GB dilihat sebagai penambahbaikan yang bermanfaat terutamanya bagi pengguna yang kerap menyimpan fail bersaiz besar atau menggunakan perkhidmatan AI Google secara aktif. Bagi kebanyakan pengguna biasa, pelan Google AI Plus dilihat sudah memadai untuk kegunaan harian.

    Namun, pencipta kandungan dan pengguna yang bergantung kepada alatan AI untuk tugasan kerja mungkin akan mendapat manfaat lebih besar daripada pelan yang lebih tinggi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk melanggan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured