More

    Google Gemini bakal diintegrasikan pada Galaxy Watch dan Buds bermula Jun ini

    Samsung kini membawa kecerdasan buatan (AI) generatif Google Gemini dalam barisan peranti boleh pakai bermula dengan Galaxy Watch dan Galaxy Buds. Dengan integrasi ini, pengguna Galaxy Watch boleh mengarahkan Gemini untuk melakukan tugas harian seperti mengingatkan nombor loker atau meringkaskan emel.

    Semua arahan hanya dengan suara, tanpa sentuhan. Bagi pengguna Galaxy Buds, Gemini boleh diaktifkan melalui suara atau sentuhan mudah seperti “sentuh dan tahan” yang membolehkan interaksi AI dengan telefon pintar Galaxy. Pengguna boleh menyemak cuaca sebelum bersenam di luar tanpa perlu keluarkan telefon.

    Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat bermula pertengahan hingga hujung 2025. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu log masuk ke akaun Samsung dan Google serta sambungkan peranti kepada telefon Galaxy AI yang menyokong sambungan internet. Samsung kini membawa pengalaman AI yang lebih pintar dan lancar bukan sahaja di tangan, tetapi juga di telinga anda.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured