More

    Google Gemini kini boleh tukar gambar kepada video 8 saat lengkap dengan audio

    Google Gemini kini membolehkan pengguna menukar gambar statik kepada video selama 8 saat lengkap dengan audio. Ciri ini diperkenalkan menerusi sistem Veo 3 dan kini tersedia kepada pengguna Google AI Pro dan Ultra.

    Dengan hanya memuat naik sekeping gambar, pengguna boleh menghasilkan klip video pendek yang bukan sahaja bergerak tetapi turut menyertakan kesan bunyi yang dijana secara automatik berdasarkan arahan teks pengguna. Video yang dihasilkan mempunyai resolusi 720p dan boleh dimuat turun dalam format MP4.

    Fungsi baharu ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Google untuk memperluas keupayaan kreatif AI dalam bentuk visual dan audio. Buat masa ini, ia hanya tersedia menerusi pelan berbayar Google AI Pro dan Ultra serta boleh diakses di lebih 150 negara menerusi laman web Gemini dengan pelancaran ke versi mudah alih dijangka dalam minggu ini.

    Bagi memastikan keselamatan dan ketelusan kandungan, setiap video akan disertakan dengan watermark AI yang boleh dilihat serta tanda pengenalan tersembunyi melalui teknologi SynthID. Google turut menjalankan ujian keselamatan dalaman (red-teaming) dan membuka ruang maklum balas pengguna.

    Pengenalan fungsi ini juga menimbulkan kebimbangan berkaitan penyalahgunaan, deepfake dan isu hak cipta apabila kandungan dijana sepenuhnya oleh AI. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured