More

    Google ikut langkah Apple dan Samsung, umumkan program pembaikan kendiri untuk Pixel

    Pada 2021, Apple mengumumkan ia akan menawarkan program pembaikan kendiri untuk iPhone. Walaupun program ini masih tidak mempunyai nama atau tarikh pelancaran, ia akan membolehkan sesiapa sahaja membeli kit untuk membaiki telefon pintar mereka. Pada Mac 2022, Samsung melancarkan program serupa dengan kerjasama iFixit.

    Tidak ketinggalan, Google juga kini telah mengumumkan program pembaikan kendiri untuk peranti Pixel. Seperti Samsung dan Apple, program Google tidak mempunyai nama atau tarikh keluaran yang jelas. Seperti Samsung, program Google juga melibatkan perkongsian dengan iFixit.

    Anda akan dapat membeli kit pembaikan untuk pelbagai aspek telefon Pixel termasuk paparan, bateri dan kamera. Kit tersebut akan disertakan dengan bahagian dan alatan Google yang tulen serta arahan daripada iFixit.

    Akan ada kit untuk setiap telefon Pixel bermula daripada Pixel 2 dan seterusnya termasuk peranti Pixel yang bakal dilancarkan pada masa hadapan. Program ini akan tersedia di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia. Ia juga akan tersedia di beberapa negara Eropah di mana Pixel dipasarkan.

    Program pembaikan kendiri Pixel baharu ini sudah pasti akan menggembirakan peminat yang minat untuk membaiki sendiri. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga program daripada syarikat elektronik besar ini berkemungkinan merupakan tindak balas awal kepada undang-undang hak pembaikan pada masa hadapan dan bukannya memberikan pengguna apa yang mereka mahukan.

    Program ini merupakan pilihan kepada pengguna jika mereka ingin membaiki sendiri. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: AndroidAuthority

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured