More

    Google kini benarkan kanak-kanak bawah 13 tahun untuk gunakan chatbot Gemini

    Google kini membenarkan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun menggunakan chatbot AI Gemini dengan syarat mereka menggunakan akaun Google Family Link yang dikawal ibu bapa. Ciri ini membolehkan anak-anak menggunakan Gemini untuk tugasan seperti kerja rumah, penceritaan interaktif dan pembelajaran kreatif.

    Namun, Google menegaskan bahawa AI ini masih boleh membuat kesilapan dan berpotensi menghasilkan maklumat tidak tepat atau kandungan yang tidak sesuai. Daripada segi keselamatan, Google memaklumkan bahawa data kanak-kanak tidak akan digunakan untuk melatih model AI dan ibu bapa akan menerima pemberitahuan apabila anak mereka mula menggunakan Gemini.

    Melalui Family Link, ibu bapa boleh menetapkan had masa, menyemak sejarah penggunaan dan mematikan akses bila-bila masa. Selain itu, Google menggalakkan ibu bapa untuk mendidik anak tentang AI termasuk pentingnya untuk tidak berkongsi maklumat peribadi dan memahami bahawa Gemini bukan manusia sebaliknya hanya alat bantuan.

    Langkah ini dilihat sebagai usaha Google memperkenalkan AI kepada generasi muda dengan pendekatan berhemah dan selamat sambil memberi kuasa penuh kepada ibu bapa untuk menentukan kesesuaian penggunaannya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Ys

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured