More

    Google kini benarkan tukar alamat Gmail, tetapi hanya sekali setahun

    Google kini mula memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menukar alamat e-mel Gmail mereka termasuk bahagian sebelum “@gmail.com”. Fungsi ini sebelum ini tidak tersedia kepada kebanyakan pengguna kerana alamat Gmail biasanya kekal selepas akaun dicipta.

    Pelaksanaan ciri tersebut buat masa ini sedang dilancarkan secara berperingkat di AS. Melalui kemas kini baharu, pengguna boleh menukar alamat Gmail terus daripada tetapan akaun Google. Prosesnya melibatkan akses ke bahagian “Personal info”, kemudian memilih “Email” dan seterusnya “Google Account email”, sebelum menekan pilihan “Change Google Account email” untuk memilih alamat baharu.

    Walaupun alamat e-mel utama boleh ditukar, alamat asal tidak akan dipadam sepenuhnya. Sebaliknya, alamat lama akan kekal sebagai alamat alternatif dalam akaun yang sama dan e-mel yang dihantar ke alamat tersebut masih boleh diterima oleh pengguna. Namun, Google menetapkan satu had penting kepada ciri ini.

    Pengguna hanya dibenarkan menukar alamat Gmail mereka sekali setiap 12 bulan. Seperti kebanyakan kemas kini perkhidmatan Google, pelaksanaan ciri ini dijangka mengambil masa sebelum tersedia kepada semua akaun di seluruh dunia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...