More

    Google lancar Flow with Veo, alat AI terbaharu untuk pembikinan filem digital

    Google secara rasmi telah melancarkan Flow with Veo iaitu sebuah alat pembikinan filem berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang direka khusus untuk pencipta kandungan dan pembuat filem. Alat ini menggabungkan tiga model AI utama dari Google DeepMind iaitu penjana video Veo 3, penjana imej Imagen dan model bahasa Gemini.

    Flow membolehkan pengguna mencipta naratif visual sinematik menggunakan arahan berasaskan teks dengan kawalan terperinci terhadap elemen seperti watak, latar dan gaya persembahan. Ia memberi ruang kepada kreatif untuk membentuk cerita kompleks secara visual tanpa perlu kemahiran teknikal dalam produksi video tradisional.

    Google menyatakan bahawa Flow bukan sekadar penjana video, sebaliknya merupakan platform penceritaan AI yang dibangunkan secara kolaboratif bersama komuniti kreatif. Syarikat itu menjelaskan, pendekatan ini bertujuan memastikan alat ini benar-benar memenuhi keperluan dan aspirasi penggunanya.

    Flow kini tersedia secara eksklusif kepada pengguna pelan langganan Google AI Pro dan Ultra di Amerika Syarikat. Google turut mengesahkan bahawa pembangunan akan diteruskan berdasarkan maklum balas pengguna untuk memperhalusi prestasi dan ciri kreatifnya. Terakhir, aplikasi Flow ini akan bersaing secara langsung dengan model seperti Sora daripada OpenAI.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured