More

    Google lancarkan AI generatif imej, video baharu dengan Imagen 3 dan Veo

    Google baru-baru ini memperkenalkan dua model AI generatif terkini di platform Vertex AI iaitu Veo dan Imagen 3. Kedua-dua model ini direka untuk membantu pengguna mencipta kandungan kreatif yang lebih berkualiti dan efisien.

    Veo, model generasi video terbaru Google mampu menghasilkan video beresolusi tinggi 1080p dengan pelbagai gaya visual yang sinematik. Dengan pemahaman mendalam terhadap arahan teks, Veo dapat mencipta video konsisten yang realistik termasuk pergerakan objek dan individu dalam video tersebut.

    Sementara itu, Imagen 3 ialah model generasi imej teks-ke-imej terkini yang menawarkan kualiti imej yang sangat tinggi dengan butiran yang lebih halus. Model ini mampu menghasilkan gambar yang hampir seperti fotografi nyata berdasarkan arahan teks termasuk pencahayaan dan komposisi yang baik.

    Ia juga memperkenalkan ciri pengubahsuaian seperti “inpainting” dan “outpainting” yang membolehkan pengguna menyesuaikan imej mengikut keperluan mereka. Kedua-dua model ini disokong oleh langkah keselamatan seperti tanda dagang digital untuk memastikan kandungan yang dihasilkan dikenal pasti sebagai hasil AI.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured