More

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber. Pelancaran siri terbaharu menfokuskan kepada peningkatan kecekapan pemprosesan, pengurangan kadar pendaman (latency) serta kebolehtahanan sistem ejen AI pada skala besar.

    Model Gemini 3.6 Flash menawarkan peningkatan prestasi dalam tugasan pengaturcaraan dan kerja berpengetahuan dengan pengurangan penggunaan token output sebanyak 17 peratus berbanding Gemini 3.5 Flash. Model ini ditawarkan pada harga $1.50 untuk sejuta token input dan $7.50 bagi sejuta token output yang mengurangkan kos keseluruhan pengendali ejen AI.

    Bagi aspek keselamatan, ia dilengkapi perlindungan Frontier Safety untuk mengurangkan risiko salah guna dalam bidang siber serta bahan kimia dan biologi. Gemini 3.5 Flash-Lite pula merupakan model terpantas dalam siri 3.5 yang berupaya memproses sehingga 350 token output sesaat.

    Diletakkan pada harga $0.30 untuk sejuta token input dan $2.50 bagi sejuta token output, model ini dibina khusus untuk pemprosesan dokumen, carian ejen dan pemprosesan data berkapasiti tinggi secara pantas. Bagi sektor keselamatan siber, Gemini 3.5 Flash Cyber menggabungkan bersama ejen CodeMender khusus untuk mengesan dan membaiki kerentanan kod.

    Google turut mengesahkan ujian rakan kongsi bagi Gemini 3.5 Pro sedang berjalan dan fasa pra-latihan bagi Gemini 4 telah pun bermula. Gemini 3.6 Flash dan Gemini 3.5 Flash-Lite kini boleh diakses oleh pembangun menerusi Gemini API di Google AI Studio dan Android Studio, platform Gemini Enterprise, aplikasi Gemini serta mula diintegrasikan ke dalam Google Search.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured