More

    Google Malaysia senaraikan trend carian tertinggi oleh rakyat Malaysia pada 2019

    Google Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan senarai Year In Search bagi tahun 2019 yang menganalisa trend carian yang paling banyak dilakukan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun lepas. Analisa ini tentunya amat bernilai buat perniagaan untuk menyusun strategi pemasaran mereka dalam internet pada tahun ini.

    Google telah menggariskan lima trend carian oleh rakyat Malaysia, di mana yang pertama adalah carian tempat-tempat menarik berhampiran mereka (near me) meningkat lebih dua kali ganda pada dua tahun kebelakangan. Selain itu, lebih ramai rakyat Malaysia juga melakukan kajian mereka sendiri sebelum melawat mana-mana kedai untuk melihat produk yang mendapat ulasan tertinggi.

    Sementara itu, netizen di luar bandar juga semakin rancak mengendalikan perniagaan dalam talian dan dijangkakan bilangannya akan meningkat sebanyak dua kali ganda dalam lima tahun akan datang.

    Daripada segi media pula, semakin ramai rakyat Malaysia lebih cenderung kepada menonton video atau rancangan menarik mengikut masa mereka sendiri. 90% daripada rakyat Malaysia berumur lebih 18 tahun menonton YouTube setiap bulan manakala perkhidmatan pelayaran video serta carian berkaitan langganan video juga meningkat sebanyak lima kali ganda pada 2019.

    Rakyat Malaysia juga mempunyai kesedaran alam sekitar yang meningkat pada tahun lepas dan mencari lebih banyak jenama-jenama yang menerajui produk mesra alam. Carian melibatkan plastik biodegradasi, kereta hibrid, barangan terpakai dan penyewaan barang meningkat sehingga dua kali ganda.

    Adakah maklumat Google ini akan memanfaatkan anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured