More

    Google Maps naik taraf berasaskan Gemini untuk navigasi pintar

    Google Maps memperkenalkan naik taraf besar berasaskan Gemini yang menjadikan navigasi lebih pintar, mudah dan mesra pengguna. Pengalaman pemanduan tanpa tangan baharu ini membolehkan anda bercakap dengan Maps seperti berborak dengan kawan sebelah sambil tanya lokasi berhenti di sepanjang laluan, semak pengecas EV, kongsi anggaran masa ketibaan (ETA/ Estimated Time Arrival) atau tambah acara ke kalendar anda.

    Dengan arahan suara untuk melaporkan kemalangan dan gangguan trafik, Gemini membantu perjalanan anda kekal lancar tanpa perlu menyentuh peranti. Untuk menjadikan arahan lebih jelas, Google Maps kini menggunakan mercu tanda sebenar seperti restoran, stesen minyak dan bangunan popular yang bukan sekadar jarak.

    Gemini menganalisis lebih 250 juta lokasi dan imej Street View untuk menyerlahkan mercu tanda yang mudah dilihat, memberikan panduan seperti “belok kanan selepas Restoran Thai Siam.” Maps juga akan menghantar amaran awal tentang kesesakan mendadak atau penutupan jalan walaupun anda tidak menggunakan navigasi aktif.

    Setibanya di destinasi, Lens berasaskan Gemini membantu anda meneroka kawasan sekitar. Dengan menghalakan kamera ke restoran, kedai atau mercu tanda, anda boleh bertanya soalan seperti “Apa tempat ni dan apa yang popular di sini?” atau “Macam mana suasana di dalam?” untuk mendapatkan maklumat pantas.

    Secara keseluruhan, naik taraf Gemini ini menjadikan perjalanan anda lebih intuitif, informatif dan menyeronokkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...