More

    Google matikan fungsi Beauty pada ‘selfie’ di peranti Pixel untuk kesihatan mental pengguna

    Seperti yang dilaporkan, Google akan mematikan fungsi face retouching untuk tetapan lalainya (default) pada peranti Google Pixel 4A, Pixel 5 dan Pixel 4a 5G. Apa pun, fungsi face retouching ini masih akan hadir pada tetapan kamera dan anda boleh mengaktifkannya.

    Menurut Google melalui perkongsian blog terbarunya, penekanan diberi kepada lebih banyak kawalan untuk swafoto yang lebih telus. Untuk makluman, fungsi face retouching atau lebih dikenali sebagai fungsi Beauty pada kamera swafoto sebelum ini ditetapkan aktif secara automatik.

    Penetapan ini membawa kepada keadaan pengguna yang tidak sedar tentang pengaplikasian filter tersebut. Sedikit sebanyak, ia memberi kesan negatif kepada kesihatan mental pengguna.

    Tambah Google, dalam kemas kini akan datang untuk peranti Pixel terbaru (Pixel 4a, 4a 5G, 5), pengguna akan dapat melihat perubahan kecil seperti label dan ikon untuk fungsi face retouching. Jika anda menggunakan fungsi ini, anda juga akan dapat melihat apakah yang telah berubah pada wajah dan gambar anda.

    Adakah langkah Google akan diikuti oleh peranti Android lain atau diaplikasikan dalam Android 11? Beritahu kami pandangan anda mengenai hal ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai Google disini.

    Sumber: Google melalui The Verge

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured