More

    Google Meet kini sokong Apple CarPlay – Audio sahaja demi keselamatan

    Google kini mengumumkan integrasi baharu untuk Google Meet yang menyokong Apple CarPlay. Ia membolehkan pemandu menyertai mesyuarat secara terus dari sistem infotainmen kenderaan. Ciri baharu direka untuk memberikan pengalaman sambungan yang lebih lancar ketika memandu tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada telefon pintar.

    Melalui integrasi ini, aplikasi Google Meet akan muncul bersama aplikasi lain dalam antaramuka CarPlay dan turut menyokong peralihan automatik daripada iPhone. Ini bermakna pengguna boleh terus menyambung mesyuarat sedia ada dengan hanya satu sentuhan tanpa gangguan pada aliran perbincangan.

    Untuk keselamatan, Google mengehadkan penggunaan kepada mod audio sahaja ketika memandu. Kamera akan dimatikan sepenuhnya dan paparan video tidak akan ditunjukkan untuk memastikan fokus pemandu kekal pada jalan raya. Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh mendengar perbualan dengan jelas serta menyertai mesyuarat seperti biasa.

    Selain itu, versi CarPlay untuk Google Meet turut membolehkan pengguna melihat jadual mesyuarat akan datang secara terus dari dashboard. Dalam perkembangan berkaitan, Google turut mengesahkan sokongan untuk Android Auto akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...