More

    Google Meet lancarkan On-the-Go Mode untuk mudahkan panggilan video di mana-mana sahaja

    Jika anda kerap menggunakan Google Meet untuk membuat panggilan video, Google telah memperkenalkan On-the-Go Mode untuk mudahkan anda menggunakannya sewaktu berada di luar.

    Google Meet akan mengesan secara automatik jika anda sedang bergerak di luar seperti berjalan kaki, memandu kereta atau menaiki pengangkutan awam, kemudian ia akan menasihati anda untuk mengaktifkan mod On-the-Go dengan memaparkan kiraan detik 3-2-1. Jika anda tidak mengambil sebarang tindakan, On-the-Go Mode akan diaktifkan secara automatik.

    Antara fungsi yang diperkenalkan dalam mod ini termasuklah butang yang lebih besar untuk bisu/nyahbisu (mute/unmute), naikkan tangan (hand raise), sumber peranti audio (audio device/source selection) dan tamatkan panggilan (end call). Anda masih boleh melihat butiran tentang panggilan video, seperti jumlah peserta dan orang yang sedang bercakap.

    Video akan dipadamkan untuk menjimatkan penggunaan internet. Anda masih boleh membuat pembentangan (show presentation) dan tunjukkannya dalam mod skrin penuh. Terdapat juga sokongan untuk bilik berpisah (breakout rooms).

    Jika anda sudah berhenti bergerak dan ingin mematikan mod On-the-Go, anda boleh klik pada butang untuk matikannnya (Turn off On-the-Go) di bahagian atas skrin.

    Fungsi ini sedang diberikan oleh Google dan akan ditawarkan kepada semua pengguna Google Workspace serta mereka yang memiliki akaun Google peribadi.

    Beritahu kami di Facebook jika fungsi ini akan membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured