More

    Google mungkin perkenal dua jenis cermin mata pintar AI pada awal 2026

    Google sedang membangunkan dua jenis cermin mata pintar baharu dengan kecerdasan buatan yang dijangka dilancarkan pada 2026. Model pertama hadir tanpa paparan dan menggunakan pembesar suara, mikrofon serta kamera terbina untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan Google Gemini secara terus, termasuk mengambil gambar dan mendapatkan maklumat tentang persekitaran mereka.

    Model kedua pula menambah paparan dalam-lensa yang mampu menunjukkan navigasi, terjemahan langsung dan maklumat penting lain. Kedua-duanya bergantung pada telefon pintar untuk pemprosesan dan menggunakan platform Android XR. Google turut bekerjasama dengan Samsung bagi pembangunan perkakasan dan dengan Warby Parker serta Gentle Monster untuk memastikan rekaan yang lebih bergaya dan selesa dipakai sepanjang hari.

    Pelancaran ini dijangka menghangatkan persaingan dalam pasaran wearable AI, terutamanya dengan produk sedia ada daripada Meta serta khabar angin bahawa Apple juga merancang memperkenalkan cermin mata pintar seawal 2026. Dengan kombinasi AI Gemini dan rekaan premium, Google dilihat bersedia memberi saingan sengit dalam kategori ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured