More

    Google perkenal Health Coach, jurulatih kesihatan AI dikuasakan Gemini

    Google memperkenalkan Health Coach iaitu pembantu kesihatan berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk membantu pengguna mencapai matlamat kecergasan, tidur dan kesejahteraan menerusi panduan yang lebih diperibadikan. Perkhidmatan baharu ini dikuasakan oleh model Gemini dan ditawarkan melalui langganan Google Health Premium.

    Ia mampu menganalisis pelbagai data kesihatan pengguna termasuk aktiviti kecergasan, corak tidur, pemakanan, rekod perubatan dan faktor persekitaran bagi menghasilkan cadangan yang lebih relevan mengikut keperluan individu. Sebelum mula digunakan, Health Coach akan meminta pengguna berkongsi maklumat seperti matlamat kesihatan, rutin harian, akses kepada peralatan senaman serta sebarang kecederaan atau kekangan fizikal.

    Berdasarkan maklumat tersebut, AI akan membina pelan kecergasan dan kesihatan yang boleh disesuaikan dari semasa ke semasa. Google turut menambah keupayaan untuk merekod makanan, aktiviti dan maklumat kesihatan melalui teks, suara, gambar serta dokumen. Pengguna juga boleh berinteraksi menggunakan bahasa semula jadi bagi mendapatkan nasihat atau mengemas kini matlamat mereka tanpa perlu melalui tetapan yang rumit.

    Selain berfungsi sebagai chatbot, Health Coach turut diintegrasikan ke dalam aplikasi Google Health menerusi cadangan senaman, analisis tidur dan ringkasan kesihatan yang lebih terperinci. Pada masa sama, Google turut menjenamakan semula aplikasi Fitbit kepada Google Health bagi menyatukan pengalaman kesihatan dan kecergasan di bawah satu platform.

    Google Health Coach kini tersedia secara global dan ditawarkan sebagai sebahagian daripada langganan Google Health Premium. Pelanggan Google AI Pro dan Google AI Ultra pula boleh mengakses perkhidmatan tersebut tanpa kos tambahan di pasaran yang disokong. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured