More

    Google perkenalkan ciri-ciri baru untuk Android 12 dalam acara Google I/O

    Google telah pun menganjurkan acara tahunan Google I/O semalam, selepas ia dibatalkan pada 2020 berikutan pandemik COVID-19. Dalam acara tersebut, mereka telah memperkenalkan beberapa ciri baharu yang akan diperkenalkan dalam kemas kini Android seterusnya iaitu Android 12.

    Pada waktu ini, Google mengatakan Android 12 versi beta telah pun dilancarkan dan ia mengutamakan keperibadian (personalisation) peranti serta membenarkan banyak peranti untuk berfungsi dengan lebih seragam. Seperti dalam video yang telah tertiris sebelum ini, ia menawarkan lebih banyak warna, bentuk dan animasi untuk antara muka (UI) Android 12 dan pengguna boleh melaraskannya mengikut citarasa mereka.

    Animasinya juga nampak lebih lancar berbanding versi lepas. Peranti Android boleh beroperasi dengan lebih pantas dan penggunaan tenaga yang lebih cekap, namun ini bergantung kepada CPU. Google mengatakan mereka telah membuat pembaharuan untuk mengurangkan masa operasi CPU sebanyak 22% untuk core system services.

    Ruangan pemberitahuan (notifcation) juga akan menerima kemas kini, di mana anda boleh mengakses fungsi Google Pay dan Home Controls, di samping pemberitahuan, quick settings dan butang kuasa. Android 12 akan mempunyai Privacy Dashboard di mana pengguna boleh membuat keputusan terbaik dalam berkongsi maklumat peribadi di dalam mana-mana aplikasi.

    Anda boleh layari laman web Android 12 beta rasmi dalam laman web ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured