More

    Google perkenalkan “Search Screen with Google Lens” untuk pengguna iOS

    Google kini membawa ciri Circle to Search ke Chrome dan aplikasi Google di iOS, namun dengan nama baharu, iaitu Search Screen with Google Lens. Ciri ini akan muncul sebagai pilihan dalam menu tiga titik di Chrome untuk iOS dan aplikasi Google untuk iOS.

    Dengan ciri ini, pengguna boleh melakukan carian visual secara langsung ketika melayari laman web tanpa perlu mengambil tangkapan skrin atau membuka tab baharu. Google membolehkan pengguna menggunakan gerakan semula jadi seperti melukis, menyorot atau mengetuk untuk mencari maklumat berkaitan objek dan teks yang dipaparkan di skrin mereka.

    Tidak seperti di Android, ciri ini hanya boleh digunakan dalam Chrome dan aplikasi Google di iOS kerana Apple tidak membenarkan integrasi sistem menyeluruh bagi aplikasi pihak ketiga. Oleh itu, fungsi ini paling berguna ketika melayari web menggunakan Chrome.

    Dalam beberapa bulan akan datang, Google akan memperkenalkan ikon Google Lens di bar alamat Chrome bagi memudahkan akses ke ciri ini dengan lebih pantas. Kemas kini yang membolehkan Search Screen with Google Lens ini sedang dilancarkan secara global minggu ini dan akan tersedia di Chrome untuk iOS serta aplikasi Google untuk iOS.

    Selain itu, Google turut mengumumkan bahawa Google Lens kini akan mempunyai AI Overviews iaitu ciri yang membantu pengguna mengenal pasti objek dengan lebih cepat serta memberikan pautan ke sumber maklumat yang berguna.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured